120,000 warga Indonesia berdaftar dengan Konsulat RI Tawau

KOTA KINABALU: Seramai 120,000 warga Indonesia berdaftar dalam pangkalan data Konsulat Republik Indonesia (RI) di Tawau, namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi.

Konsul Republik Indonesia di Tawau, Dino Nurwahyudin berkata, kebanyakan rakyat Indonesia menetap di kawasan Pantai Timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengingatkan warga Indonesia supaya mematuhi undang-undang serta menghormati adat istiadat tempatan.

Katanya, Konsulat RI turut menghargai kerjasama kerajaan Sabah dalam menyediakan Community Learning Center (CLC) dan Program Smart Sabah yang membantu pekerja asing serta keluarga mereka mendapatkan dokumentasi bagi bekerja secara sah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Berita Berkaitan