17 kes kecurian kabel direkod di DUN Karambunai sejak 2025

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 kes kecurian kabel voltan sederhana (11kV dan 33kV) direkodkan di sekitar DUN Karambunai sejak 2025 hingga Jun tahun ini, menurut Sabah Electricity.

Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, sebanyak 12 kes direkodkan sepanjang 2025, manakala lima lagi direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Beliau berkata, Sabah Electricity memandang serius isu itu kerana bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan, malah menjejaskan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada pengguna.

Katanya, sebanyak 35 operasi rondaan dan pemantauan dilaksanakan di kawasan DUN Karambunai bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 selain memperkukuh kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan.

Berita Berkaitan