8 jam Kundasang ke Lahad Datu, ‘rasa macam balik berperang’

KOTA KINABALU: “Memang tabah jadi orang Sabah. Macam baru balik berperang rasa. Badan rasa nak hancur.”

Itu luahan seorang pengguna jalan raya selepas mendakwa terpaksa menempuh perjalanan selama lapan jam dari Kundasang ke Lahad Datu.

Menerusi perkongsian di Threads menggunakan akaun @awienannuuriza, individu berkenaan meluahkan rasa penat selepas melalui perjalanan yang disifatkan cukup mencabar.

“Kundasang – Lahad Datu 8 jam. Macam baru balik berperang rasa. Badan rasa nak hancur,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan rakaman video dari dalam sebuah kenderaan yang memperlihatkan keadaan jalan dengan kon keselamatan dan kawasan kerja tanah di tepi laluan.

Perkongsian berkenaan sekali gus menggambarkan pengalaman memenatkan yang terpaksa dilalui pengguna jalan raya ketika melakukan perjalanan jauh antara daerah di Sabah.

Bagaimanapun, lokasi sebenar rakaman serta punca perjalanan mengambil masa sehingga lapan jam belum dapat dipastikan.

Luahan itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang memberikan reaksi terhadap hantaran berkenaan.

— SABAH NEWS TODAY

Berita Berkaitan