BERSATU Sabah pertahankan 6 kerusi Parlimen – Azizah

KOTA KINABALU: BERSATU Sabah akan mempertahan kerusi enam parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Ketua Srikandinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, Srikandi BERSATU Sabah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

ā€œKita sewajarnya mempertahankan kerusi yang dimenangi.Ā  BERSATU Sabah pastikan dimenangi semula nanti.

ā€œEnam kerusi parlimen itu Kudat (Rahim Bakri), Ranau (Jonathan Yassin) Beaufort (Azizah Mohd Dun) Sipitang (Hafez Musa) Beluran (Zakaria Idris) dan Libaran (Ronald Kiande) dimenangi oleh BERSATU pada PRU14 lalu,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi mesyuarat bulanan Srikandi Bersatu Sabah di Alamesra, di sini kelmarin.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menggesa seluruh jentera Srikandi BERSATU Sabah bersiap sedia menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Menurutnya, ini berdasarkan kepada senario politik semasa ada kemungkinan berlakunya pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.Ā 

ā€œSrikandi BERSATU akan terus memperkasakan program mendekati rakyat selain melakukan proses tambah nilai untuk memperkasakan jentera parti menghadapi PRU15.

ā€œKenal pasti pengundi muda di setiap kawasan Parlimen masing-masing, kita perlu lebih peka dengan isu golongan muda yang bakal keluar mengundi pada PRU15 ini.

ā€œKIta perlu mendekati dan lebih kerap turun padang bukanĀ  dilakukan secara berterusan dan bukannya secara bermusim terutama ketika menjelang pilihan raya,ā€ katanya.

Berita Berkaitan