Bangunkan Tawau sebagai bandar sempadan seiring perpindahan ibu kota Indonesia

TAWAU: Pembangunan Tawau sebagai bandar sempadan akan diperhebatkan bagi meraih manfaatĀ ekonomi seiring dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata langkah itu dilihat lebih baik berbandingĀ membina sebuah bandar baharuĀ kerana TawauĀ merupakan kawasan yang telah dilengkapiĀ prasarana termasuk lapangan terbang dan pelabuhan, serta pembangunanĀ kemudahan asas lain seperti jalan raya dan bekalan air.

ā€œSaya secaraĀ peribadiĀ dan semua pihak termasukĀ Majlis Perbandaran TawauĀ (MPT) setuju. Pendekatan kita adalah memajukan Tawau itu sendiri, jadi tidak perlu kerajaan melabur lebih banyak duit untuk membina bandar baharuĀ sebaliknya bandar yang sudah ada ini kita bina semulaĀ ke arah lebih baik.

“Kita bangunkan kemudahan yang lebih baik, buat jalan raya berkualiti menghubungkan Tawau dengan sempadan Indonesia agar pelancong dari negara jiran ituĀ teruja datang ke bandar ini untuk melancong dan melakukan aktivitiĀ perniagaan lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pengurangan Kompaun MPT di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnyaĀ pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di kawasan Serudong, Kalabakan yang menjadi pintu masuk Simanggaris, Indonesia masih perlu dilaksanakan bagi pemeriksaan rentas sempadan.

Sementara itu, Masidi berkata cadangan MPT untuk mewujudkan Pusat Kebudayaan Antarabangsa di bandar ini akan dibentangkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk pertimbangan bagi pembangunan pada tahun depan.

“Cadangan ituĀ bukan sahaja baik untuk imej Tawau yang baharu serta moden, bahkan pusat ituĀ akan menghidupkan semula bandar iniĀ sebagaiĀ pusat aktiviti nusantara antara Indonesia danĀ Sabah,” katanya

Mengenai program hari ini, beliau berkata MPT memberi pengurangan 90 peratus kepada 240,00 saman yang dikeluarkan tahun lepas, manakala pengurangan 50 peratus bagiĀ saman yang dikenakan pada tahun ini

“Orang ramai boleh membuat pembayaran saman dengan menikmati pengurangan ini,” katanya.

– BERNAMA

Berita Berkaitan