Lelaki bogel kurang siuman ditemui mati jatuh bangunan di Tawau
TAWAU : Seorang lelaki kurang souman ditemui mati dalam keadaan berbogel selepas terjatuh dari bangunan salah sebuah restoran makanan segera di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihak polis menerima panggilan 12.17 tengah hari menerima panggilan daripada pengadu mengatakan terdapat seorang lelaki membunuh diri.
Katanya, siasatan awal mensyaki lelaki bogel tersebut datang ke kawasan bangunan dan terus memaklumkan pengurus restoran untuk menutup pintu belakang kerana risau lelaki itu akan masuk ke dalam premis.
āSelepas itu pekerja restoran yang berkerja di bahagian pandu lalu memberitahu terdapat seorang lelaki jatuh di luar bangunan itu.
āSemasa kejadian tidak ada saksi samada lelaki tersebut terjatuh atau bunuh diri,ā katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
Jasmin berkata, mayat di hantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

