Pelantikan GGM SEDCO: Langkah reformasi demi kemajuan negeri – Bahrin

KOTA KINABALU : Tindakan Kerajaan Negeri melantik Datuk James Wong sebagai Pengurus Besar Kumpulan (GGM) SEDCO yang baharu, sambil menyifatkannya sebagai satu langkah reformasi yang wajar demi kemajuan institusi dan negeri.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian LIKAS, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata, sudah tiba masanya Sabah keluar daripada zon selesa demi memberi ruang kepada perubahan yang lebih inklusif serta berdaya saing.

ā€œPelantikan ini adalah simbol keterbukaan dan kematangan pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam mengiktiraf potensi semua anak Sabah tanpa mengira kaum atau latar belakang.

ā€œIni juga sejajar dengan semangat Malaysia Madani dan gagasan Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepelbagaian sebagai kekuatan,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharin berkata, beliau turut menegaskan bahawa sudah tiba masanya Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) seperti SEDCO diperkasakan supaya mampu bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat swasta lain.

ā€œKita tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. SEDCO perlu berdiri di atas kaki sendiri dan menjadi peneraju dalam sektor pembangunan ekonomi negeriā€, tegasnya.

Menurutnya, dengan sokongan kakitangan SEDCO yang berpengalaman luas, James akan dapat memimpin organisasi ini ke arah yang lebih progresif dan mampan, sekaligus memulihkan era kegemilangan SEDCO seperti suatu ketika dulu.

ā€œJames bukan bekerja bersendirian tetapi Beliau akan bekerjasama dengan semua lapisan warga kerja SEDCO tanpa mengira kaum dan agama demi kebaikan serta kemajuan Sabah secara menyeluruh,ā€ katanya lagi.

Beliau yakin, pelantikan ini akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh ekonomi negeri melalui reformasi kepimpinan yang lebih inklusif dan berpaksikan prestasi.

Bahrin juga yakin, SEDCO akan terus komited untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara telus dan efisien, selarasĀ  dengan matlamat pembangunan ekonomi negeri dan kepentingan rakyat, khususnya dalam memperkasa golongan Bumiputera merentasi pelbagai sektor.

ā€œSaya menggesa pelbagai pihak agar berhenti daripada mempolitikkan isu pelantikan James.

ā€œBeri ruang dan peluang kepada beliau bekerja, membawa bersama visi baharu untuk memperkukuhkan lagi kedudukan SEDCO sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri Sabahā€, katanya.

Berita Berkaitan