KGNS seru ahli perkukuh perpaduan, jayakan agenda persatuan
KOTA KINABALU: Ahli Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau, Gana, Nabai Sabah (KGNS) diseru memperkukuh perpaduan serta memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda persatuan.
Timbalan Presiden KGNS, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, kejayaan sesebuah persatuan bergantung kepada kesepaduan antara kepimpinan dan ahli.
“Apabila pemimpin dan ahli bergerak sehaluan, tiada cabaran yang terlalu besar untuk dihadapi. Semangat kebersamaan inilah yang menjadi asas kekuatan persatuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, KGNS bukan sekadar platform memelihara warisan budaya etnik Kujau, Gana dan Nabai, malah berperanan memperkukuh kebajikan serta hubungan silaturahim dalam kalangan ahlinya.

