Wanita Warisan gesa kerajaan segera baiki jalan di Sarapung-Kolopis

PENAMPANG: Wanita Parti Warisan Bahagian Penampang menggesa Kerajaan Negeri menyegerakan kerja membaiki jalan dan membina gabion di Kampung Sarapung-Kolopis bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

Ketua Wanita PDM Inobong, Prisca Totu berkata, sebahagian besar jalan yang rosak akibat tanah runtuh tahun lalu telah dibaiki, namun laluan menuju ke rumah Crispin Longik @ Ipin masih belum diperbaiki.

Beliau berkata, lokasi itu merupakan kawasan yang menyaksikan tragedi tanah runtuh pada September 2025 sehingga mengorbankan seorang warga emas berusia 97 tahun.

Prisca berharap baki jalan yang rosak dapat dibaiki segera dan cerun diperkukuhkan dengan pembinaan gabion bagi menjamin keselamatan penduduk.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Bahagian, Agnes Kinsil menggesa kerajaan menyiasat punca banjir berulang di kampung berkenaan serta melaksanakan langkah mitigasi jangka panjang.

Berita Berkaitan