Sehari selepas tular, DBKK keluar saman di parkir Jeti Pelancongan

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan mengeluarkan saman terhadap beberapa kenderaan di kawasan parkir berhampiran Jeti Pelancongan DBKK hari ini.

Tindakan itu dibuat sehari selepas tular dakwaan di media sosial yang mendakwa kawasan tersebut tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan walaupun terdapat kenderaan diparkir secara double parking.

Antara kenderaan disaman oleh DBKK di sekitar kawasan Jeti Pelancongan hari ini.

Hasil tinjauan di lokasi mendapati beberapa notis saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang didakwa melakukan kesalahan parkir.

Bagaimanapun, tiada tindakan menunda kenderaan dilihat dijalankan ketika operasi berkenaan.

Perkembangan itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang berharap penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara adil dan konsisten di semua lokasi sekitar pusat bandar.

Mereka berpendapat pendekatan yang seragam penting bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan persepsi bahawa terdapat kawasan tertentu yang terlepas daripada tindakan penguatkuasaan.

Berita Berkaitan