Kereta, motosikal bertembung di Lumat Sentral

BEAUFORT: : Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Lumat Sentral, Jalan Beaufort-Papar mencetuskan peringatan polis supaya pengguna lebih berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Champin Piuh berkata, pengguna terutama penunggang motosikal dan pemandu kenderaan perlu meningkatkan kewaspadaan ketika melalui Jalan Pan Borneo, khususnya laluan Lumat-Bongawan.

Katanya, laluan berkenaan masih melalui kerja pembinaan dan keadaan jalan boleh berubah dari semasa ke semasa.

“Pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda, mengurangkan kelajuan dan sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Pada masa sama, kontraktor diminta memastikan papan tanda amaran, garisan jalan yang jelas serta pencahayaan mencukupi disediakan terutama di lokasi pembinaan yang berisiko.

Polis turut mengingatkan pengguna supaya mengutamakan keselamatan dan memandu dengan cermat ketika melalui laluan berkenaan.

Berita Berkaitan