Pemain, pemegang taruh industri kreatif perlu lebih aktif, agresif jana pendapatan – Zahidi

KOTA KINABALU, 30 OktĀ — Pemain dan pemegang taruh industri kreatif di negara ini perlu lebih aktif dan agresif menjana pendapatan menerusi peruntukan RM288 juta yang dikhususkan kepada sektor itu dalam Bajet 2022.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul AbidinĀ berkata sejak tahun lepas, industri kreatif merupakan sektor paling terkesan serta menjejaskan ramai penggiat seni, justeru ia perlu dipulihkan bagi menjana pendapatan terutama dalam suasana norma baharu.

Beliau berkata bagi merealisasiĀ hasrat itu, pemain dan pemegang taruh industri kreatif perlu menyusun semula gerakan mereka antaranya melalui persatuanĀ selain lebih inovatif dalam menyajikan pelbagai persembahan dan program yang mampu menarik lebih ramai khalayak.

“Di Kelantan, seni Mak Yong kita buat inovasi, perubahan libatkan anak muda dan buat pertunjukan di Istana Budaya… tiket habis, begitu juga seni Boria di Pulau Pinang, ubah suai dengan anak muda mampu tarik pelancong dan keĀ luar negara.

“Filem seram seperti hantu di Thailand danĀ Korea Selatan terkenal, orang takut menonton, boleh pasarkan ke luar negaraĀ tetapi filem hantu di Malaysia cerita lawak…kita lihat kembali bagaimana supaya suatu hari nanti, produk industri kreatif kita mampu bersaing di luar negara,” katanya di sini malam tadi.

Zahidi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Jabatan Penerangan Sabah yang turut dihadiri Pengarah Penerangan negeriĀ Nadzerah Abdullah.

Katanya semua warga agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diharap dapat menjunjung semangat kebersamaan dalam usaha memastikan Keluarga Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang pendigitalan negara.

Beliau berkata warga KKMM tidak boleh gagal dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana kegagalan itu antara lain boleh menyebabkan kurangnya pemahaman isu semasa dan dasar kerajaan.

“Kejayaan menyampaikan maklumat pula, seperti vaksin COVID-19, membolehkan kadar vaksinasi kita mencapai lebih 90 peratus dan seterusnya sektor ekonomi dibuka, ini membolehkan ekonomi menjadi bertambah baik untuk dinikmati rakyat,” katanya.

– BERNAMA

Berita Berkaitan