Sabah berpotensi bangunkan industri halal

KOTA KINABALU: Sabah yang terkenal denganĀ destinasi pelancongan utama dan sektor pertanian khususnya pengeluaran bahan mentah, berpotensi membangunkan industri halalnya sendiri, kata Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC) Hairol Ariffein Sahari.

Beliau berkata lokasi strategik negeri ini,Ā membolehkan capaian mudahĀ dengan pasaran lebih besar di luar negaraĀ bersesuaian sasaran pelan HDC yang kini aktif menerusiĀ inisiatif kerajaan-dengan-kerajaanĀ (G2G) bersamaĀ negara di Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun.

ā€œIndustri halal boleh meningkatkan produktiviti, menambahkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat dan menyumbang kepada arah pertumbuhan negara, melalui perdagangan halal, pelaburan dan peluang pekerjaan,ā€ katanya berucap pada Majlis Penutupan Jelajah Halal MalaysiaĀ (JHM) 2021 Sabah di sini, hari ini.

LebihĀ 200 peserta terdiri daripada usahawanĀ produk atau perkhidmatan halalĀ sedia ada dan usahawan berkaitan industri halal menghadiri programĀ tiga hari itu yangĀ berakhir hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, hanyaĀ kira-kira 300 syarikat dariĀ Sabah telah menerima pensijilan halal berbanding hampir 10,000 syarikatĀ diĀ seluruh negara.

HDC akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan daripada kedua-dua sektor kerajaan dan swasta untukĀ mengkaji sertaĀ mencadangkan pelan tindakan bagi menggalakkan peningkatan industri halal di Sabah.

AntaraĀ usaha HDC meningkatkan penglibatan usahawan dalam industri ini adalah menerusi ā€˜Halal Integrated Platform’ (HIP),Ā denganĀ Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) mahupun berskala besar di Sabah digalakkanĀ mendaftar sebagai ahli HIP HDCĀ bagi mudah dihubungkan dengan industri halal lain serta memperoleh perkhidmatan sokongan dalam perniagaan,ā€ katanya.

Hairol Ariffein berkata usahawan tempatan tidak harusĀ melepaskan peluang ini kerana HDC dan KerajaanĀ Negeri Sabah komited dalamĀ menyediakan platformĀ bagi mereka meraih peluang menjadi usahawan cemerlang Halal Malaysia.

MenurutnyaĀ usaha kerajaan negeriĀ untuk terus memperkasakan industri halal telah mewujudkan sinergi antara kerajaan pusat dan negeri dalam merencanakan agenda pembangunan industri halal yang lebih holistik.

Katanya menerusi JHM Sabah, HDC sebagai agensi penyelaras pembangunan ekosistem Halal Malaysia telah bertemu serta berbincang dengan usahawan PKS dan pengusaha halal.

ā€œMelalui sesi-sesi yang diadakan selama tigaĀ ini, HDC dapat memahamiĀ keperluanĀ usahawan dan pengusaha halal,Ā selainĀ menyediakan sokongan dan penyelesaian terhadap isu-isuĀ berkaitan,ā€ katanya.

— BERNAMA

Berita Berkaitan