Anwar sedia berdebat dengan Najib isu Sapura
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar IbrahimĀ bersediaĀ untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan bekas Perdana Menteri DatukĀ Seri Najib Tun Razak.
“Saya ambil maklum lontaran cabaran debat daripada mantan Perdana MenteriĀ DatukĀ Seri Najib Razak,” kata Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson ituĀ berkata sikapnyaĀ jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lepasĀ keranaĀ beliau pernah melontarkan cabaran yang samaĀ kepada Najib tetapi tidak bersahut.
Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ābail-outā Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela,” kata Anwar.
Semalam, dilaporkan NajibĀ menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen PandanĀ Mohd Rafizi RamliĀ tetapi ia juga perlu disertaiĀ Anwar.
Rafizi sebelum ini,Ā mencabar NajibĀ berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).
– BERNAMA

