Ahmad Zahid bela diri terhadap 47 pertuduhan berkaitan Dana Yayasan Akalbudi Rabu

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana MenteriĀ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akanĀ menjawab 47 pertuduhan yang dihadapi beliau membabitkan pecah amanahĀ (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitanĀ dana Yayasan Akalbudi (YAB), esok.

PeguamĀ Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, 69, semasaĀ dihubungi berkata, anak guamnya akan menjadi saksi pembelaan pertama memberi keterangan esok.

Kes itu telah ditetapkan padaĀ 9 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula padaĀ 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22,Ā 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept sertaĀ 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt danĀ 1-3 dan 7-10 Nov.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkanĀ pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas.

Pada 24 Jan, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid HamidiĀ membela diri atasĀ 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya,Ā Sequerah berkataĀ pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsurĀ dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada 19 Mac 2021, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi termasuk bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar,Ā rakan kongsi firma guaman Lewis & CoĀ B. Muralidharan, pengurupĀ wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.
Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahanĀ wang keĀ firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduhĀ melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 DisĀ 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun sertaĀ dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaanĀ mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagaiĀ pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan MaybankĀ DataranĀ Maybank diĀ JalanĀ Maarof, Bangsar, antara 15Ā JulaiĀ 2016, danĀ 15 MacĀ 2018. PertuduhanĀ mengikut Seksyen 16(a)(B)Ā Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ahmad Zahid juga berdepan dengan 27 pertuduhanĀ pengubahan wangĀ haramĀ dengan melibatkan diriĀ dalam transaksi secara langsungĀ membabitkanĀ pendapatanĀ daripada aktivitiĀ haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar danĀ Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

— BERNAMA

Berita Berkaitan