Anwar imbau kenangan di Sungai Buloh, bertemu keluarga di sebalik kaca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh menerusi sekeping gambar lama yang dikongsikan di media sosial hari ini. 

Gambar berkenaan memperlihatkan Anwar menggunakan telefon ketika sesi lawatan, dengan pertemuan bersama anggota keluarganya ketika itu dipisahkan oleh penghadang kaca.

“Kenangan di Sungai Buloh. Bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon.

“Momen yang kekal dalam ingatan,” tulisnya ringkas. 

Rekod terdahulu turut menunjukkan anggota keluarga Anwar pernah menceritakan pengalaman lawatan yang berlangsung dengan mereka dipisahkan oleh dinding kaca dan berkomunikasi menerusi telefon. 

Berita Berkaitan