Doktor kesan lebam, gigitan pada bayi, pasangan ditahan

TAWAU: Tindakan pantas doktor Hospital Tawau mengesan kecederaan pada seorang bayi perempuan berusia dua bulan membawa kepada penahanan pasangan warga asing yang disyaki mendera mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pasangan terbabit mendakwa bayi itu terjatuh, namun pemeriksaan mendapati mangsa mengalami lebam di dahi kiri, kesan gigitan pada pipi kanan serta bengkak di belakang kepala.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan di pekarangan Hospital Tawau pada jam 11.45 malam bagi membantu siasatan.

ā€œPasangan terbabit pada mulanya memaklumkan bayi berkenaan terjatuh, namun pemeriksaan mendapati mangsa mengalami lebam di dahi kiri, kesan gigitan pada pipi kanan dan bengkak di belakang kepala.

ā€œDoktor kemudian dimaklumkan oleh nenek mangsa bahawa kecederaan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan kedua-dua suspek sebelum laporan polis dibuat,ā€ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an dan seorang wanita warga asing berusia 18 tahun di pekarangan Hospital Tawau kira-kira jam 11.45 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Berita Berkaitan