Hajiji arah pemantauan rapi banjir di Tawau

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengarahkan Pusat Kawalan Bencana Negeri memantau secara rapi perkembangan banjir di Tawau yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.

Beliau berkata, semua agensi berkaitan sudah digerakkan ke kawasan terjejas bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera kepada mangsa.

“Saya mahu semua agensi bersiap siaga untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Katanya, setakat ini keadaan masih terkawal dengan semua agensi berkaitan berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir.

Sehingga jam 11 pagi, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau yang menempatkan 96 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 335 mangsa

Berita Berkaitan