Koperasi perlu terus diperkasa demi ekonomi rakyat

REMBAU: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata kerajaan komited memperkukuh gerakan koperasi sebagai antara pemacu utama pembangunan ekonomi komuniti menerusi pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Transformasi Gerakan Koperasi dan Sesi Libat Urus bersama warga koperasi Negeri Sembilan di DUN Kota, Rembau.

Menurutnya, sesi itu menjadi platform untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta cabaran yang dihadapi gerakan koperasi di peringkat akar umbi.

“Kerajaan mahu memastikan ekosistem koperasi terus diperkukuh agar lebih berdaya saing, mampan dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan cek cura bantuan pembangunan kepada beberapa koperasi serta menyerahkan surat tawaran Program Pembangunan Ekonomi Ekosistem Koperasi (PEEK).

Berita Berkaitan