Pantai Sandakan terus kotor, Alfred persoal sikap segelintir penduduk

SANDAKAN: Sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab didakwa menjadi antara penyumbang utama kepada masalah sampah di kawasan pantai sekitar bandar Sandakan.

Alfred Golimas berkata, isu kebersihan pantai sukar ditangani secara berkesan jika kerja pembersihan dilakukan tetapi tabiat membuang sampah sesuka hati masih berterusan.

Menurutnya, keadaan itu memerlukan penyelesaian yang bukan sekadar bersifat sementara, sebaliknya pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan pantai sekitar bandar kekal bersih pada masa depan.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti pendekatan yang sesuai untuk menangani masalah berkenaan, selain mahu kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan dipertingkat.

Katanya, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan kerana kebersihan kawasan pantai tidak mampu dipertahankan sekiranya masih ada pihak yang terus membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Alfred berkata usaha memastikan pantai Sandakan bersih perlu menjadi tanggungjawab bersama demi menjaga alam sekitar dan imej bandar itu sebagai kawasan pesisir.

Berita Berkaitan