Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau
KENINGAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku kira-kira 10 kilometer di barat Keningau, Sabah pada jam 9.31 pagi, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Gegaran dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan susulan kejadian berkenaan.
Orang ramai yang merasai gegaran turut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian tersebut.

