Abdul Azeez mengaku tidak bersalah, didakwa guna kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat serta meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk meluluskan cadangan pelaburan bernilai RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan.

Abdul Azeez, 59, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pertuduhan itu membabitkan perbuatan yang didakwa berlaku kira-kira 12 tahun lalu.

Beliau dilihat diiringi anggota polis selepas selesai prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes berkenaan kini tertakluk kepada proses mahkamah dan Abdul Azeez kekal dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Berita Berkaitan