‘Kami sudah kahwin kampung’, pasangan dicekup khalwat di Lahad Datu

LAHAD DATU: Alasan kononnya sudah “berkahwin kampung” tidak dapat menyelamatkan sepasang lelaki dan wanita selepas mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di daerah ini, malam Isnin lalu.

Pasangan masing-masing berusia 28 dan 19 tahun itu ditemukan berdua-duaan dalam sebuah bilik ketika Ops Cegah Jenayah Syariah dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Operasi melibatkan pemeriksaan beberapa premis penginapan sekitar Bandar Sri Perdana dan Pekan Lahad Datu.

Ketika diperiksa, pasangan terbabit mendakwa mereka sudah “berkahwin kampung”. Bagaimanapun, menurut JHEAINS, semakan lanjut mendapati mereka tidak pernah melangsungkan perkahwinan.

Kedua-duanya kemudian ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat atas kesalahan khalwat.

Operasi itu diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS, Ustaz Rahim Yahya Abd Rahman bersama 20 pegawai penguat kuasa.

Berita Berkaitan