‘Sapu’ 156 PATI dalam empat hari

KOTA KINABALU: Seramai 156 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menggempur beberapa lokasi di lima daerah menerusi kira-kira 15 operasi penguatkuasaan.

Operasi bermula 22 hingga 25 September itu dijalankan di Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kudat dan Ranau, dengan 322 individu diperiksa.

Daripada jumlah ditahan, 140 adalah warga Filipina membabitkan 40 lelaki, 40 wanita, 38 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

Turut ditahan 11 warga Indonesia terdiri daripada empat lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak, selain lima lelaki warga Pakistan.

JIM Sabah berkata, operasi akan terus dipergiatkan di lokasi strategik bagi membanteras kehadiran PATI serta penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Berita Berkaitan