KM terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima
kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan
Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di
sini, hari ini.
Kunjungan hormat JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria, yang
memperkenalkan diri kepada Ketua Menteri, selain memaklumkan perkembangan
semasa serta aktiviti yang dilaksanakan jabatan berkenaan, khususnya berkaitan isu
tenaga kerja dan perburuhan di Sabah.
Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd
Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong
Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian
Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah
Abdul Hafid; serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan
Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph.
Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang
diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang.
Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan
Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui @ Paul; Naib
Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun
Yong; serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong.
Dalam pertemuan itu, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Ketua Menteri
mengenai penganjuran “The Economic Outlook Forum 2027” yang dijadual berlangsung
pada 15 Januari 2027.
KKCCCI turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat forum
berkenaan.

