Jalan gelap, rosak undang bahaya di Sepanggar

KOTA KINABALU: Keadaan jalan yang didakwa rosak dan gelap selain tindakan kenderaan membuat pusingan U di hadapan Desa KASTAM, Jalan Sepanggar dekat Hotel Tang, mencetuskan kebimbangan pengguna.

Seorang pengguna jalan raya dikenali sebagai Shaun Robert mendakwa laluan berkenaan berisiko kepada pengguna terutama pada waktu malam berikutan ketiadaan lampu jalan yang mencukupi.

Katanya, keadaan menjadi lebih berbahaya apabila terdapat kenderaan membuat pusingan U di kawasan berkenaan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Beliau berharap pihak berkuasa berkaitan segera memeriksa keadaan jalan, menyediakan pencahayaan mencukupi serta menilai aspek keselamatan lokasi pusingan U berkenaan.

Setakat ini, keadaan tersebut berdasarkan aduan pengguna dan belum mendapat pengesahan pihak berkuasa berkaitan.

Berita Berkaitan