PRN Sarawak ke-13: Rakyat mengundi 12 Disember

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal berlangsung pada 8 Disember.

Menurutnya, tempoh berkempen bagi PRN berkenaan ditetapkan selama 14 hari.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR bagi membincangkan urusan serta tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini.

Penetapan tarikh berkenaan sekali gus membuka laluan kepada parti politik dan bakal calon membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

— SABAH NEWS TODAY

Berita Berkaitan