Gaduh di pasar borong, video tular

SANDAKAN: Suasana di Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai, di sini, kecoh apabila beberapa individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan kira-kira jam 9 malam tdi.

Kejadian itu menjadi perhatian selepas beberapa rakaman video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial.

Menerusi video yang tersebar, kelihatan beberapa individu bertelagah sebelum berlaku pergelutan, manakala peniaga dan orang awam cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Difahamkan, perselisihan antara pihak terbabit dipercayai bermula sejak malam sebelumnya sebelum kembali tercetus pada malam kejadian.

Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan itu masih belum dapat dipastikan.

Individu yang terbabit difahamkan sudah dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Setakat berita ini ditulis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.

Berita Berkaitan