Ahli Parlimen Julau, Larry Sng kini Presiden PBM
SIBU: AhliĀ Parlimen Julau,Ā Larry Sng dipilih sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di siniĀ hari ini.
PBM dalam satu kenyataan memaklumkan,Ā mesyuarat hari ini telah dihadiri perwakilan dan pemerhati berdaftar dari seluruh negara.
Menurut PBM, proses pemilihanĀ telah berlangsung dan berikut adalahĀ senarai nama-nama pemegang jawatan utama parti yang dipilih oleh perwakilan: –
Timbalan Presiden 1:Ā AhliĀ Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Lembah Jaya) Haniza Mohamed Talha
Timbalan Presiden 2 : Ā Wong Judat
Naib Presiden Kanan 1 : AhliĀ ParlimenĀ Tebrau Steven Choong Shiau Yoon
Naib Presiden Kanan 2 : ADUNĀ Perak (Buntong) Sivasubramaniam Athinarayanan
Naib Presiden 1 : Rahiman Majid
Naib Presiden 2 : DrĀ Sathiskumar
Naib Presiden 3 : Saiful Bahari Sahari
Ketua Wanita : ADUN Selangor (Sementa) DrĀ Daroyah Alwi
Ketua Pemuda : Naāim Brundage
Lima belasĀ Ahli Majlis Tertinggi terdiri daripada Ab. Aziz Ab Kadir, Alan Oh Teik Choon, Lee Chin Cheh, Zakaria Abdul Rahim, DrĀ Kaniappan, Levenia Mawas, Kapt (B) Engga Unchat, Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat, ADUNĀ PerakĀ (Malim Nawar)Ā Leong Cheok Keng, Suhada Abdul Rahim, Ong Chin Wen, Albakri Salim, Kapten Ahmad Khairul dan Ramana KĀ Naidu.
Jawatan lantikan pula iaitu Setiausaha Agung ialah Nor Hizwan Ahmad diikuti Timbalan Setiausaha Agung (Jenny Chiew), Bendahari Agung (ADUNĀ PerakĀ Tronoh, Paul Yong Choo Kiong), Ketua Penerangan Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi anggota Majlis Tertinggi yang dilantik (Muniraa Abu Bakar).
Menurut kenyataan itu,Ā seluruh pimpinan, perwakilan dan pemerhati juga telah menyatakan hasrat untuk menyokong kepimpinan kerajaan yang memerintah pada hari ini dan akan berusaha keras memastikan agenda PBM dalam mengangkat hasrat rakyat pelbagai kaum dan berbilang bangsa di negara ini dapat dilaksanakan selepas ini.
Dalam sidang media, SngĀ yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden PBMĀ berkata, PBM bukan parti politik baharu tetapi ia adalah parti politik tempatan yang telah diubah nama daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) kepada parti peringkat nasional.
āPermohonan pertukaran nama parti tersebut telah diluluskan JabatanĀ Pendaftaran PertubuhanĀ (ROS) pada 27 OktĀ tahun lepas. PBM adalah parti pelbagai kaum dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Keluarga Malaysia dan turut memberi sokongan kepada kerajaan Sarawak yang merupakan sebahagian daripada kerajaan keluarga Malaysia,ā katanya.
Menjawab pertanyaan mengenaiĀ jumlah keanggotaan PBM, Sng berkataĀ kini dianggarkan mencecah lebih 100,000 orang termasuk daripada SWP dan Penggerak Komuniti Negara (PKN).
— BERNAMA

