Ahmad Maslan: Anwar tidak akan minta UMNO letak jawatan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meminta UMNO melepaskan jawatan dalam kerajaan.
Beliau berkata, dakwaan sedemikian tidak mempunyai asas memandangkan UMNO adalah antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan.
Menurutnya, kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara.
Ahmad berkata, UMNO akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

