‘Jangan salah guna jawatan’

: Pemimpin masyarakat diingatkan supaya tidak menyalahgunakan jawatan demi kepentingan peribadi kerana tindakan itu boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, integriti menjadi aset paling bernilai bagi seseorang pemimpin.

Beliau berkata, pemimpin akar umbi perlu turun padang, mendengar suara rakyat dan memastikan setiap dasar kerajaan disampaikan dengan tepat.

“Kepercayaan rakyat boleh hilang hanya kerana satu penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Berita Berkaitan