KJJ Sabah Electricity perkukuh peranan sokong agenda transformasi syarikat

KOTA KINABALU: Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) Sabah Electricity terus memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik syarikat apabila memilih barisan kepimpinan baharu bagi penggal akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, hubungan erat antara pengurusan dan kesatuan penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, produktif dan progresif.

Beliau berkata, kesatuan bukan sahaja memperjuangkan kebajikan ahli, malah berperanan sebagai rakan strategik dalam menyokong agenda transformasi syarikat menerusi RESET 2030.

Pada mesyuarat itu, Ahmad Syazwan Saidin dipilih sebagai Yang Dipertua KJJ yang baharu.

Dalam ucapan sulungnya, Ahmad Syazwan berjanji memperkukuh peranan KJJ dalam menjaga kebajikan ahli, pembangunan profesional serta menyokong pelaksanaan inisiatif strategik syarikat.

Berita Berkaitan