Masjid Negeri lokasi pertama Sambutan Hari Pahlawan Sabah
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di Masjid Negeri buat julung kali pada 31 Julai ini.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pemilihan lokasi itu selaras dengan amalan yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, sambutan yang bermula pada pukul 5 petang itu dijangka dihadiri kira-kira 1,500 peserta daripada pelbagai agensi dan masyarakat.
Katanya, majlis berkenaan turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada para pahlawan yang dikenal pasti oleh PDRM dan ATM.
Menurut beliau, sambutan itu bertujuan mengenang jasa serta pengorbanan pahlawan yang mempertahankan negara.

