Mayat bayi ditemui di Kampung Boliga Kolopis

PENAMPANG: : Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab susulan penemuan mayat seorang bayi dipercayai tidak cukup sifat di Kampung Boliga Kolopis, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, laporan diterima pada jam 11.52 pagi sebelum sepasukan pegawai polis bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mayat bayi itu ditemui berhampiran rumah pengadu.

“Pasukan Forensik JSJ Kontinjen Sabah bersama Unit K-9 turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi membantu siasatan.

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau balai polis berhampiran.

Berita Berkaitan