‘Menangis kita jem dia!’ – Jalan Tebobon–Telipok sesak teruk
KOTA KINABALU: “Sumpah gais, sengsara habis ni jalan. Menangis kita jem dia!”
Demikian luahan seorang pengguna jalan raya yang mendakwa terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas teruk di laluan Tebobon–Telipok, di sini.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai @nfauzahismail meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan trafik yang didakwa menyebabkan kenderaan bergerak terlalu perlahan.
Malah, dia turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Kota Kinabalu melalui Telipok dan Bandar Sierra supaya bersedia menghadapi kesesakan.
“Untuk yang mau ke KK limpas Telipok dan Bandar Sierra, sama yang dari KK ikut Jalan Tebobon ke Telipok, good luck.
“Cek-cek la kamu Waze cari jalan lain. Menangisssssss kita jem dia,” katanya menerusi hantaran berkenaan.
Perkongsian itu turut disertakan gambar dan video yang memaparkan deretan kenderaan termasuk lori, trak tangki serta kereta di laluan terbabit.
Keadaan berkenaan dipercayai menyukarkan perjalanan pengguna jalan raya yang mahu menuju ke pusat bandar Kota Kinabalu mahupun ke kawasan Telipok.
Bagaimanapun, punca sebenar kesesakan dan tempoh kelewatan yang dialami pengguna jalan raya belum dapat dipastikan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi pihak berkuasa berhubung keadaan trafik yang dikongsikan itu.
— SABAH NEWS TODAY

