Myvi ‘ekstrem’ kena sita JPJ

TAWAU: Sebuah Perodua Myvi yang diubah suai secara ekstrem akhirnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Ekstrem di Jalan Haji Karim, di sini.

JPJ Negeri Sabah berkata, pemeriksaan oleh JPJ Cawangan Tawau pada 26 September lalu mendapati kenderaan berkenaan melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antaranya membabitkan pengubahsuaian bentuk dan peralatan secara ekstrem, penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi serta penyenyap bunyi yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Susulan pemeriksaan itu, JPJ mengeluarkan Notis Seksyen 64(1) bagi tindakan sita selain Notis JPJ (P) 22 atau saman terhadap kenderaan berkenaan.

JPJ Sabah memaklumkan Ops Ekstrem akan terus dipertingkat bagi membanteras pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi dan berpotensi menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Berita Berkaitan