Pemandu wanita rempuh pintu masuk balai pelepasan KKIA
KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pintu masuk balai pelepasan di Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, SUV berkenaan merempuh struktur pintu masuk balai pelepasan sebelum berhenti di kawasan hadapan terminal.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan diberikan bantuan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

