Penyertaan 165 kukuhkan STAR DI DUN TULID: Ellron

TULID: Penyertaan dua bekas pemimpin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid bersama 165 ahli baru ke Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) memperkukuhkan lagi kedudukan parti tersebut di kawasan berkenaan.
Mereka ialah bekas Calon Parti Cinta Sabah (PCS) Matusin Timam serta bekas Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Dun Tulid, Ronny Rominson Rusikan.
Borang tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden STAR Sabah, Datuk Ellron Angin dalam 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒎𝒊𝒎𝒑𝒊𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝑫𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒊 𝑺𝑻𝑨𝑹, di Kampung Tuawon, Mukim Lanas hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu, Pembantu
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Adun Tulid, Flovia Ng serta Ketua Bahagian STAR DUN Tulid, Janim @ Charles Ikang.
Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan menganggap penyertaan mereka bersama 165 ahli baru ke parti STAR Sabah sudah pastinya akan memperkukuhan kedudukan parti itu di kawasan DUN Tulid.
“Ini bermakna sudah wujud kesedaran dalam kalangan warga Tulid bahawa Parti Star ini sangat selari dengan perjuangan mereka.
“Kita mengalu-alukan kemasukkan mereka ke Parti STAR Sabah. Sudah tentu Ini merupakan satu perkembangan positif khususnya di kawasan Nabawan dan Tulid,” katanya.

Sementara itu Matusin Timam ketika ditemui berkata, hala tuju yang jelas serta konsisten dalam parti STAR merupakan tarikan utama menyertai parti tersebut.
“Ini adalah salah satu sebab mengapa saya tinggalkan parti lama dan menyertai parti ini.
“Ditambah pulak dengan sikap pemimpin Datuk Ellron Angin yang sentiasa mengutamakan perjuangan rakyat menjadi faktor utama kami menyertai parti STAR,” katanya.
Sementara itu bekas Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan DUN Tulid, Ronny Rominson Rusikan berkata, beliau tertarik dengan gaya kepimpinan Datuk Ellron Angin yang berwibawa, mesra rakyat serta yakin kepada kepimpinannya untuk memilih Parti STAR bagi meneruskan perjuangan karier politiknya.
SabahNewsToday

