Potong pokok waktu puncak, pengguna dakwa jalan sesak teruk
KOTA KINABALU: Tindakan menjalankan kerja pemotongan pokok ketika waktu puncak petang mengundang rungutan seorang pengguna jalan raya selepas mendakwa ia menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Menerusi hantaran di Threads, pengguna akaun @mohdazizul28 mempersoalkan pemilihan waktu kerja berkenaan yang didakwanya dilakukan kira-kira jam 4 petang ketika jumlah kenderaan semakin meningkat.
“Itu keperluan, jangan simpan lama-lama. Jam sampai 1 pun sudah sana memang jem.
“Jam 4 kamu potong tu pokok… siapa lah yang lantik kontraktor…” tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan gambar yang menunjukkan deretan kenderaan bergerak perlahan di sebuah jalan yang dikelilingi pokok.
Bagaimanapun, berdasarkan hantaran tersebut sahaja, lokasi sebenar, pihak yang menjalankan kerja pemotongan pokok selepas jambatan Menara Kinabalu.
Pengguna berkenaan pada masa sama tidak mempertikaikan keperluan kerja pemotongan pokok, tetapi mempersoalkan masa pelaksanaannya yang didakwa bertembung dengan waktu puncak.

