PPNS, ARS bangunkan Agro-TVT Hub pacu pertanian moden Sabah

MERU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) bekerjasama dengan Advance Retro Solution Sdn Bhd (ARS) untuk memperkukuh tenaga mahir dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian Sabah.

Kerjasama menerusi memorandum persefahaman itu memberi fokus kepada pembangunan TVET, mekanisasi, automasi, teknologi pintar serta latihan berasaskan industri.

Antara projek utama yang akan diterokai ialah PPNS Agro–TVET Hub, yang dijangka menjadi pusat latihan dan pemindahan teknologi kepada peladang, belia dan komuniti agro.

Hub itu bakal menumpukan lima bidang utama iaitu Pertanian Pintar, Automotif dan Mobiliti Hijau, Mekanisasi dan Automasi Pertanian, Pemprosesan Agro serta Penyelenggaraan Industri.

PPNS berkata inisiatif itu penting bagi menyediakan tenaga kerja yang lebih bersedia memenuhi keperluan industri, selain meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian negeri.

Kerjasama berkenaan turut membuka ruang kepada program upskilling, reskilling, Training of Trainers, latihan praktikal, bengkel teknikal dan pembangunan keusahawanan.

Susulan MoU itu, PPNS dan ARS akan mengenal pasti lokasi, keperluan latihan, teknologi serta model pelaksanaan yang sesuai bagi memastikan manfaat dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasaran di Sabah.

Berita Berkaitan