PRU15: BN tetap pendirian bergerak sendirian – Mohamad
SEREMBAN:Ā Barisan Nasional (BN) yangĀ ditunjangi UMNO tetap dengan pendirianĀ untuk bergerak sendirianĀ dan tidak mahu terikat dengan mana-mana parti lain dalamĀ menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata ini kerana kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 itu mestilah kerajaan yang mendapat majoriti besarĀ sekali gus membawa kepada kestabilanĀ politik selain berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang tidak mahu kerjasamaĀ dengan parti lain.
āJelas sekali UMNO ambilĀ jalan untuk kita berseorangan (PRU15)Ā dan tidakĀ lagiĀ terikatĀ mana-mana parti, kitaĀ tidak mahu sebarang ikatan yang boleh mengekang tetapiĀ apa jua rundingan atau ikatan adalah selepas PRU15.
Kalau parti tidakĀ boleh buat maka elok difikirkan bersama atau membuat ikatan dengan parti yang bolehĀ dijadikan rakanĀ kongsi untuk bina kerajaan yang kuat, itu juga antara usul dicadangkan dalam PersidanganĀ Perwakilan UMNO Bahagian Rembau tadi,ā katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya sama ada soal kedudukan Perdana Menteri (PM) dibincangkan dalam persidangan itu, Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata tiada sebarang usul mengenai kedudukan PM dibangkitkanĀ selain meletakkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggiĀ parti.
āTak ada apa-apa perbincangan, tidak timbul soal sokong atau tidak sokong PM, kita ikut keputusan Majlis Tertinggi tempoh hari, kita beri mandat kepada lima orang kepimpinan tertinggi parti, namun terpulang kepada Bahagian masing-masing (usul kedudukan PM), kita tidak berikan apa-apa guideline (garis panduan),ā katanya.
Sementara itu, beliau berkata perkaraĀ berkaitan pemilihan parti sama ada diadakan sebelum atau selepas PRU-15 akan turutĀ diputuskan selepas perbincangan bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO terlebih dahulu.
— BERNAMA

