Sabah sasar pelaburan berkualiti, pacu ekonomi mampan

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan kemasukan pelaburan berkualiti yang mampu mempercepat pertumbuhan ekonomi negeri melalui pembangunan mampan dan kerjasama strategik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pelabur yang bukan sahaja membawa modal, malah memiliki kepakaran, teknologi dan pengalaman untuk mencipta nilai tambah kepada ekonomi Sabah.

Beliau berkata, Sabah kini berada pada landasan transformasi ekonomi yang memerlukan pelaburan berimpak tinggi bagi memperkukuh sektor strategik, meningkatkan keyakinan pelabur serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menurutnya, kelestarian alam sekitar akan terus menjadi asas kepada dasar pembangunan negeri supaya pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara mampan oleh generasi akan datang.

Berita Berkaitan