Sedcovest, dua pertubuhan jalin kerjasama perkasa usahawan wanita

KOTA KINABALU: Dua pertubuhan yang mewakili wanita dan pemeliharaan warisan budaya etnik Tobilung mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn. Bhd., Datuk Redonah Bahanda, bagi membincangkan kerjasama memperkasa wanita melalui keusahawanan dan pembangunan kemahiran.

Kunjungan itu melibatkan Persatuan Wanita Tobilung Kota Marudu (Konduan Tobilung) diketuai Rusiah Salintap bersama Setiausaha, Christina Saidi serta rombongan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) Langkon diketuai Pengetuanya, Timis Sambadi.

Redonah berkata, Sedcovest komited melahirkan lebih ramai usahawan wanita menerusi kursus, latihan kemahiran, bimbingan perniagaan dan program pembangunan kapasiti.

Beliau berkata, wanita mempunyai potensi besar menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga dan negeri sekiranya diberikan peluang serta latihan yang berterusan.

Menurutnya, Sedcovest turut menyambut baik cadangan kerjasama membabitkan latihan keusahawanan, pembangunan produk tempatan serta pemeliharaan warisan budaya etnik Tobilung.

Berita Berkaitan