Sedia parkir peserta, jangan ‘ceroboh’ kuarters KM5 Likas, kata KRT

KOTA KINABALU: Penganjur acara larian sekitar Kompleks Sukan Likas digesa menyediakan parkir khusus selepas penduduk Flat Persekutuan KM5 Likas mendakwa kawasan kuarters mereka sering dijadikan tempat meletakkan kenderaan peserta.

Pengerusi KRT Flat Persekutuan KM5 Likas, Abang Mohd Taufiq, berkata keadaan itu biasanya berlaku ketika acara dianjurkan pada hujung minggu dengan kenderaan mula memasuki kawasan berkenaan seawal Subuh.

Katanya, penduduk tidak membantah penganjuran aktiviti sukan, tetapi kemasukan kenderaan dalam jumlah banyak menjejaskan ketenteraman dan penggunaan parkir penghuni.

“Ada penghuni bangun pagi dan mendapati tempat parkir mereka sudah diambil oleh orang luar,” katanya.

Menurutnya, kawasan kuarters tidak sepatutnya dianggap sebagai parkir tambahan kepada Kompleks Sukan Likas setiap kali acara berskala besar berlangsung.

KRT mahu PBT, agensi berkaitan dan penganjur menyelaras pengurusan trafik dengan menyediakan parkir peserta, papan tanda larangan serta petugas kawalan.

“Kami cuma minta satu perkara, kalau ada acara larian, sila sediakan parkir untuk peserta. Jangan jadikan kawasan kuarters kami sebagai parkir awam,” katanya.

Berita Berkaitan