Shawn Davey Lee letak jawatan Ketua STAR Kudat
KOTA KINABALU: Datuk Shawn Davey Lee mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Kudat dan Penyelaras STAR Parlimen Kudat berkuat kuasa semalam.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti, termasuk faktor kesihatan, susulan komitmen berterusan sepanjang lima tahun berkhidmat mendekati rakyat Kudat.
Walaupun melepaskan jawatan dalam parti, Shawn menegaskan beliau akan terus berbakti kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pertanian, pelancongan, ekonomi, kebajikan dan pembangunan.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat sekiranya diberi kepercayaan oleh penduduk Kudat pada masa depan.

