Tular ibu redah sungai hantar anak ke sekolah, netizen gesa bina jambatan

KOTA MARUDU: Perkongsian video di TikTok yang memaparkan seorang ibu meredah anak sungai sambil memimpin anak-anak ke sekolah mengundang simpati orang ramai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Asneh0708 itu menunjukkan keluarga berkenaan menyeberangi sungai untuk ke SK Magandai, Kota Maradu walaupun keadaan sungai agak dalam.

Dalam kapsyen video itu, pemilik akaun berkata mereka terpaksa menguatkan semangat untuk menyeberangi sungai sebelum akhirnya selamat tiba di sekolah.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan ramai berharap pihak berwajib dapat membina jambatan sementara bagi memudahkan penduduk serta memastikan keselamatan murid yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Berita Berkaitan