Tun Musa terima kunjungan Premier Sarawak di Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Istana Seri Kinabalu pada Jumaat.

Kunjungan berkenaan merupakan antara agenda rasmi Premier Sarawak bersama rombongan sepanjang berada di Sabah.

Terdahulu, Abang Johari menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Mesyuarat berkenaan membincangkan pelaksanaan perkara berkaitan MA63 melibatkan Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Berita Berkaitan