Wanita OKU ditemukan lemas di sungai Tawau
TAWAU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 33 tahun yang tidak boleh bertutur itu dilaporkan disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum penduduk kampung melancarkan usaha pencarian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 1.56 petang.
Menurutnya, sepasukan 10 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.
“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 2 petang dalam keadaan tersangkut di tepi sungai berhampiran Taman Green.
“Pasukan bomba tiba pada jam 2.03 petang sebelum anggota yang dilengkapi jaket keselamatan turun ke sungai untuk membawa mangsa naik ke darat menggunakan pengusung,” katanya.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, mangsa dikenal pasti sebagai wanita OKU intelektual yang tidak boleh bertutur dan menetap di Taman Dingin, Batu 1, Jalan Apas, Tawau.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 2.30 petang untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi yang diketuai PBK I Mohd Fazli Rahman itu turut mendapat kerjasama 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga petugas KKM.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.38 petang selepas pemeriksaan

