{"id":10078,"date":"2022-05-18T09:13:40","date_gmt":"2022-05-18T09:13:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10078"},"modified":"2022-05-18T09:13:40","modified_gmt":"2022-05-18T09:13:40","slug":"uksb-akui-beri-sg200000-sg520000-sebulan-kepada-zahid-hamidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/uksb-akui-beri-sg200000-sg520000-sebulan-kepada-zahid-hamidi\/","title":{"rendered":"UKSB akui beri SG$200,000 &#8211; SG$520,000 sebulan kepada Zahid Hamidi"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>SHAH ALAM: Bekas Pengarah\u00a0Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di\u00a0Mahkamah Tinggi di sini bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap\u00a0bulan dalam Dolar\u00a0Singapura kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018\u00a0berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).<\/p>\n<p>Harry Lee Vui Khun berkata bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak\u00a0SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.<\/p>\n<p>\u201cBayaran SG$200,000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah beliau (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) meminta sumbangan bulanan dinaikkan. Selepas berbincang dengan Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, Pengarah UKSB)\u00a0dan David Tan, kami bersetuju untuk (memberi)\u00a0 SG$300,000 sebulan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cKemudian pada 2017, Datuk Seri Zahid meminta untuk berjumpa kami berdua di kediaman peribadinya. Dalam pertemuan itu juga Datuk Seri Zahid meminta bayaran bulan dinaikkan berikutan pilihan raya umum akan diadakan.<\/p>\n<p>\u201cSelepas berbincang dengan Wan\u00a0Quoris dan\u00a0David Tan, kami bersetuju untuk menaikkan bayaran bulanan daripada SG$300,000 kepada SG$520,000 sebulan,\u201d katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Saksi pendakwaan ke-15 itu menambah mereka bersetuju dengan jumlah itu selepas Ahmad Zahid memaklumkan bahagian UMNO memerlukan bantuan\u00a0kewangan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cDalam perbincangan kami, kami bersetuju untuk membayar sejumlah RM10,000 bagi setiap bahagian iaitu lebih kurang\u00a0100 bahagian UMNO dan selepas pengiraan jumlah keseluruhan mencecah SG$520,000 sebulan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Saksi pendakwaan ketiga, bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Siti Jalilah Abd Manap sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid telah menyambung kontak UKSB untuk projek VLN walaupun kontrak sedia ada masih berbaki tiga tahun lagi.<\/p>\n<p>Apabila ditanya dalam soalan tambahan oleh DPP Datuk Raja Rozela Raja Toran, bolehkah anda mengingati berapa kali anda menghantar (wang tunai) dari\u00a02014 hingga\u00a02018? Beliau berkata: \u201cProses itu\u00a070 peratus dilakukan\u00a0oleh saya&#8230;40 kali dalam tempoh empat tahun.\u201d<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Raja Rozela: Bolahkah anda ingat dengan siapa anda pergi ke Country Heights, Kajang (rumah Ahmad Zahid) untuk menyerahkan wang itu?<\/p>\n<p>Harry Lee: Dengan\u00a0Wan Quoris dan\u00a0David Tan.<\/p>\n<p>Raja Rozela: Dalam kenyataan, anda berkata wang itu diserahkan sendiri oleh anda, anda pergi bersama (Wan Quoris dan David Tan) mengapa anda berbuat demikian?<\/p>\n<p>Harry Lee: Saya tak pasti, dari hari pertama penghantaran sedemikian, saya hanya ikut dari hari pertama, ia adalah pertemuan empat mata\u00a0(dengan Ahmad Zahid).<\/p>\n<p>Beliau menambah sepanjang 40 kali penghantaran yang dilakukannya, Ahmad Zahid tidak pernah memulangkan wang itu.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku\u00a0Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.<\/p>\n<p>Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.<\/p>\n<p>Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.<\/p>\n<p>Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Bekas Pengarah\u00a0Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di\u00a0Mahkamah Tinggi di sini bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap\u00a0bulan dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10079,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-10078","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10078","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10078"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10078\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10080,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10078\/revisions\/10080"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10079"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10078"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10078"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10078"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}