{"id":10100,"date":"2022-05-19T11:31:41","date_gmt":"2022-05-19T11:31:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10100"},"modified":"2022-05-19T11:31:41","modified_gmt":"2022-05-19T11:31:41","slug":"saya-tak-mengadu-kepada-najib-kerana-menaruh-syak-wasangka-mohd-bakke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/saya-tak-mengadu-kepada-najib-kerana-menaruh-syak-wasangka-mohd-bakke\/","title":{"rendered":"&#8220;Saya tak mengadu kepada Najib kerana menaruh syak wasangka&#8221; &#8211; Mohd Bakke"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak membuat aduan\u00a0mengenai penyelewengan yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia adalah berkaitan syak wasangka beliau terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes Najib, 68, yang berdepan\u00a0empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah\u00a0RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan\u00a021 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.<\/p>\n<p>Sri Ram: Ketika itu, mengapa anda tidak mengadu kepada Kementerian Kewangan dan Najib mengenai kekecewaan anda berkaitan apa yang telah berlaku dalam 1MDB?<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mohd Bakke: Perkara yang menghalang saya atau membuatkan saya tawar hati untuk berbuat demikian sebenarnya ialah membuat aduan mengenai PM.<\/p>\n<p>Sri Ram kemudian menyifatkan tindakan itu \u201cseolah-olah mengadu mengenai kehilangan biri-biri kepada serigala.\u201d<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mohd Bakke: Itulah sebabnya sejak awal pembabitan sebagai Ahli\u00a0Lembaga Pengarah, saya\u00a0sudah berasa tidak selesa terutama apabila mendapat tahu bahawa pihak pengurusan (1MDB) sudah membahagi-bahagikan bayaran yang membabitkan pelaburan dalam dua entiti asing.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Itulah yang menyebabkan saya meletak jawatan&#8230;\u00a0,\u201d kata saksi itu.<\/p>\n<p>Katanya Najib juga tidak pernah menyoal mengapa beliau meletak jawatan meskipun mereka kerap berjumpa selepas beliau meninggalkan 1MDB.<\/p>\n<p>Sri Ram: Selepas anda meletak jawatan, adakah anda puas hati bahawa beliau (Najib) sedar anda telah meletak jawatan?<\/p>\n<p>Mohd Bakke menjawab\u00a0\u201cNajib tidak pernah tanya mengapa saya letak jawatan. Semuanya berjalan seperti biasa.\u201d<\/p>\n<p>Mohd Bakke adalah Pengerusi 1MDB dari September 2009 hingga 19 Okt 2009 apabila beliau bertindak meletak jawatan sebagai tanda memprotes penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB membabitkan urus niaga\u00a0sebanyak US$1 bilion.<\/p>\n<p>Terdahulu, ketika disoal oleh peguam Wan\u00a0Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak tahu sama ada keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memperoleh manfaat daripada transaksi dana kekayaan negara itu.<\/p>\n<p>Katanya beliau hanya tahu mengenai perkara itu baru-baru ini melalui laporan media.<\/p>\n<p>Wan Aizuddin: Tan Sri, adakah anda tahu setakat Januari 2022, Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia telah menyiasat\u00a0Zeti, suaminya dan\u00a0Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram?<\/p>\n<p>Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad\u00a0Mustafa\u00a0P. Kunyalam bangun dan membantah atas alasan soalan itu tiada kaitan dengan saksi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan soalan itu kerana ia bersifat umum.<\/p>\n<p>Perbicaraan bersambung pada 7 Jun.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak membuat aduan\u00a0mengenai penyelewengan yang berlaku kepada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10101,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-10100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10100"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10102,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10100\/revisions\/10102"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10101"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}